Friday, July 10, 2009
Basikal tua orang muda
Menaiki basikal adalah hobi saya. Selepas habis kerja saya akan kayuh basikal pusing Taman Tasik Taiping. Orang Taiping semua kenal saya. Mereka gelar saya Basikal Tua Orang Muda. Saya ada banyak jenis basikal antaranya yang paling saya sayang ialah basikal jenis Sunbeam. Basikal ini keluaran tahun 40an. Selain itu saya ada basikal jenis Raleigh, Hopper, Royal Enfield, Humber, Hercules yang semuanya "made in England" Kalau pembaca berminat dan berkongsi hobi dengan saya bolehlah hubungi saya. Kalau kenagkan sejarah naik basikal 5 tahun yang lalu, saya kena sakit pinggang. Jumpa doktor pakar dia kata saya kurang aktif badan jadi semakin gemuk. Duduk dalam ward selama 10 hari. Lepas tu bila sihat sikit doktor surah berihat dirumah dan membuat aktiviti fizikal seperti berenang dan kayuh basikal. Sejak tu saya mula beli basikal dan kayuh setiap hari kecuali kalau hujan. Tau-taulah Taiping kalau 3 hari tak hujan bukan Taiping.
Mula-mula beli basikal Raleigh buatan Siam harganya RM680.00. Akhirnya minat terhadap basikal bertambah mendalam dan sehingga ini saya mempunyai 15 buah basikal klasik. Biasanya saya peroleh basikal daripada kawan-kawan yang telah lama mengumpul basikal klasik ni. Biasanya saya akan baiki sendiri basikal yang saya perolehi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment